Apa yang akan terjadi jika pelajar salah faham dengan kapasiti isipadu cecair..........
Walau bagaimanapun, seorang guru perlu lebih berhati-hati dan mengetahui bahawa berlaku salah konsep mengenai kapasiti dalam sesetengah kanak-kanak. Ramai kanak-kanak datang ke sekolah dengan beberapa konsep panjang dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Tetapi mereka mempunyai idea yang sangat sedikit mengenai kapasiti. Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua bekas, kanak-kanak biasanya membuat perbandingan mengenai panjang (atau lebih tepat, tingginya) berbanding kapasiti. Apabila ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebih isi, sama ada bekas yang lebih tinggi ataupun bekas yang pendek, kebanyakkan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun bekas yang pendek itu mempunyai lebih isi. Oleh itu, cara terbaik ialah bermula dengan mengkaji kapasiti menggunakan perbandingan langsung.
Untuk membuat perbandingan langsung, kita perlukan beberapa jenis pengisi: air dan pasir adalah mudah untuk kanak-kanak. Dengan diberi beberapa bekas, kanak-kanak boleh mengisi satu bekas dan menuangnya ke satu bekas yang lain untuk melihat bekas yang boleh mengisi lebih.
Berikut adalah satu video yang menarik...
Set 1 ( untuk kumpulan pelajar pengayaan )
Hasil pembelajaran:
Selepas pembelajaran, murid-murid dapat mengenalpasti bekas yang mana mempunyai lebih isipadu dan dapat menyukat cecair di dalam bekas dengan kapasiti yang betul ( liter / mililiter ).
Bahan/ Alatan
3 jenis bekas yang berlainan saiz
air
cawan ubat
Langkah-langkah pengajaran :
1. Guru mempamerkan 3 jenis bekas yang mempunyai isipadu yang berlainan.
2. Guru meminta salah seorang murid menganggar bekas manakah boleh mengisi lebih banyak cecair.
3. Murid mencatatkan jawapan dan meneka berapa kapasiti bagi setiap bekas dalam liter atau mililiter .
4. Guru menuangkan air ke dalam tiga-tiga bekas tersebut dengan penuh.
5. Guru meminta 3 orang murid menuangkan air di dalam ketiga-tiga bekas itu ke dalam cawan ubat dan sambil mengira beberapa gelas dapat diisi.
6. Murid diminta isi jawapan di dalam jadual yang disediakan.
Bekas A __________ gelas , __________mililiter.
Bekas B ___________gelas , __________mililiter.
Bekas C ___________gelas , __________mililiter.
7. Melalui jawapan yang diisi, muird diminta menjelaskan bekas yang mana dapat mengisi lebih gelas cecair dan yang mana lebih kurang.
8. Guru memberitahu murid bahawa 1 cawan ubat bersama dengan 500ml,
dan minta mengira isipadu bagi ketiga-tiga bekas dalam kapasiti yang betul.
9. Guru membuat kesimpulan bahawa bekas yang berlainan saiz mempunyai isipadu yang berlainan.
Set 2 ( untuk kumpulan pemulihan)
Hasil pembelajaran :
Selepas pembelajaran, murid dapat membeza sama ada bekas A,B,C dalam keadaaan kosong, penuh dan separuh penuh. Akhirnya murid dapat menyatakan bekas yang mana dapat mengisi lebih banyak isipadu cecair.
Bahan / Alatan
3 jenis bekas yang berlainan saiz
air
cawan kecil
Langkah-langkah pengajaran:
1. Guru mempamerkan 3 jenis bekas yang berlainan saiz.
2. Guru menuangkan air ke dalam 2 bekas dan minta murid memerhatikan keadaan 3 bekas itu.
3. Guru meminta salah seorang murid menyatakan keadaan bekas sama ada dalam kosng, penuh atau separuh penuh.
4. Murid-murid buat perbincangan dan menteka bekas manakah mempunyai lebih isipadu.
5. Guru menuangkan air ke dalam ketiga-tiga bekas.
6. Guru minta murid teka air dalm bekas A, B dan C dapat dituangkan ke dalam berapa cawan kecil.
7. Murid -muird memulakan aktiviti.
8. Murid-murid diminta mengisi jadual di bawah.
Bekas A __________gelas cawan kecil
Bekas B __________gelas cawan kecil
Bekas C __________gelas cawan kecil
9. Guru meminta seorang murid membuat kesimpulan.
Rumusan
Sebagai guru, kami harus mengajar murid-murid dengan cara yang senang diingat dan dapat menyelesaikan masalah. Murid-murid selalu mengeliru dengan kapasiti dalam sisitem unit.
Topik Isipadu Cecair menerokai kapasiti sebagai satu bagi bekas. Untuk darjah 2, kapasiti yang diukur adalah terhad kepada liter (l) di dalam system metrik. Pembelajaran isipadu cecair bermula dengan pengalaman konkriti dalam situasi realistic melalui pengukuran menggunakan kedua-dua unit piawai dan bukan piawai.
Rujukan :
1. Murugiah S/O Velayutham.,& Kao Thuan Keat (2010). HBMT 2103 Teaching Mathematics in Year Two:Meteor Doc. Sdn. Bhd.
2. Kennedy, L.M., & Tipps, S. (2000). Guiding Children”s Learning of Mathematics Allyn & Wadsworth, US
3. Rucker, W. E., & Dilley, C. A. (1981). Heath Mathematics. D. C. Heath and Company, US.
4. Integrated Curriculum For Primary Schools, Mathematics Year 2 (Part2),Dewan Bahasa dan Pustaka
5. http://www.youtube.com/watch?v=qYtNhNP69lk
Disediakan oleh : SOO BOON KIAT
k.Pengenalan: 820408016836
HBMT 2103 SMP, SEPTEMBER